Monday, February 23, 2009

owh kesian.

Penghidap Sindron Shengal Kronik.



Nama : Yaya Arif
Asal : Desa Jenaris, Kajang
Mula Menghidap : 14 September 1989 (di tahap terkawal )
Sejarah Perubatan :
Pesakit ini merupakan pesakit baru di dalam Wad CL0018 ini. Cara untuk mengenal pasti beliau ialah dengan melihat warna uniform nyer ( pesakit baru-pink, pesakit lama-biru). Beliau menghidapi masalah alergi kepada haiwan yang mempunyai keris di kaki. Beliau di beri rawatan sepenuhnya apabila beliau makan haiwan itu. Menurut sumber yang dipercayai, beliau antara yang terkaya di dalam wad ini. Beliau pernah mengupah pesakit lain untuk menyidai bajunya kerana sindrom Lazy yang menyerangnya baru-baru ini.Anak kelahiran Selangor ini boleh di tenangkan dengan lagu Sepi Sekuntum Mawar Merah nyanyian VE apabila beliau menunjukkan tanda-tanda besar untuk menyerang pesakit lain. Rawatan masih lagi diteruskan untuk memastikan nya kembali seperti manusia normal.

Nama : Nisah Amir
Asal : Pantai Remis, Perak
Mula Menghidap : 11 August 1989.
Sejarah Perubatan :
Penghuni tetap Wad CL0018.Pesakit ini menghadapi masalah penglihatan di waktu malam. Semakin gelap keadaan sekeliling, semakin menjadi-jadi masalahnya. Selain daripada menghidapi masalah mata, beliau juga mengalami masalah pertumbuhan rambut yang tidak normal. Ini kerana jumlah rambut yang gugur lebeyh banyak daripada rambut yang tumbuh. Hobi beliau ialah melayari internet dan mencari kawan. Beliau di simbolik kan sebagai seekor koala kerana beliau mampu tidur tanpa henti selama 20 jam. Namun, beliau sangat pantas menukar perwatakkan nya sebaik sahaja menerima panggilan dari ibunya. Beliau juga dikenali sebagai salah seorang anggota Ultraman yang menetap di bumi kerana kehabisan kuasa untuk terbang dan beliau lupa untuk membawa charger. Sekarang beliau sedang mempelajari cara untuk menyebut huruf R dengan tepat.
Nama : Payah Aznan
Asal : Balai Polis Shah Alam
Mula Menghidap : 2 November 1989
Sejarah Perubatan :
Pesakit ini merupakan perempat Wad CL0018 sejak tahun pertama Wad ini ditubuhkan. ini adalah kerana menurut beliau, kepalanya sama dengan penghuni wad ini. Pesakit ini mampu bergaul dengan baik dengan semua orang tetapi tidak dengan kekasihnya. Sindrom Shengal akan bertukar kepada Sindrom Kuciwa setiap kali bergaduh dengan kekasihnya. Seperti juga pesakit Nisah Amir, beliau banyak menghabiskan masanya di hadapan komputer riba dan telefon bimbitnya. beliau amat gemar menyanyi walaupun pesakit lain tidak gemar untuk mndengarnya. Sindrom ini membuatkan beliau ketagih untuk ke pusat-pusat karaoke seluruh Malaysia. Beliau mampu untuk meneruskan hidup walaupun menghidapi kesukaran tidur di waktu malam dan bangun di waktu pagi. Rawatan susulan terhadap sindrom nya masih diteruskan oleh pakar-pakar perubatan terkemuka.
  • Sebarang sumbangan hendaklah di salurkan kepada tabung khidmat masyarakat cengal diatas nama Wad CL0018.
  • Wad ini menerima lawatan setiap masa termasuk lah pada hari minggu jika pesakit tidak bersiar-siar.
  • Sebarang pertanyaan boleh lar terus di lakukan di laman ini.

sekian..

4 comments:

Yaya Arif said...

sengal gile...
sakit pewot aku tahan gelak...
hahahaha...=))

cOokIe said...

ko skit pewot..
aku sakit owtak nk jadi skema!
xpnah2 aku skema cm ney sejak hbes form 5.
=D

cOokIe said...

ko skit pewot..
aku sakit owtak nk jadi skema!
xpnah2 aku skema cm ney sejak hbes form 5.
=D

Nyze 二ザ Crazee said...

this is so damn funny...

xD