Thursday, February 26, 2009

apa yang anda faham tentang maaf?



maaf? apa itu maaf? maaf itu bererti ampun atau dalam bahasa inggeris ialah forgiveness. adakah mudah untuk memberikan dan menerima kemaafan? adakah mudah untuk melafazkan maaf? adakah mudah untuk memaafkan? apakah jenis kesalahan yang boleh dimaafkan? apakah jenis kesalahan yang tidak boleh dimaafkan? pernah anda fikirkan? layakkah kita memberi maaf? atau layakkah kita diberi kemaafan.bagaimana jika kita tidak memaafkan? atau mungkin kita tidak dimaafi? apakah perasaan kita dalam menerima dan memberi maaf? banyak persoalan yang timbul. adakah ada jawapan untuk semua persoalan ini? adakah jawapan nya mampu untuk membuat kita memahami erti sebenar sebuah kemaafan? mungkin mudah bagi sesetengah orang untuk memaafkan dan dimaafi. tapi ada juga segelintir manusia yang sukar untuk melakukan dua perkara tersebut. adakah mereka patut dipersalahkan? jika ya, bagaimana pula dengan orang yang melakukan ksilapan dan yg memaafkan kesilapan itu? jika tidak, adakah mereka dikategori kan sebagai pendendam? berdosakah mereka? mungkin kita biasa mendengarkan ungkapan "sedangkan nabi ampun kan umat". persoalan nya sekarang adakah kita semulia itu? adakah kita sesempurna beliau? tiada yang sempurna melainkan beliau. jadi, boleh dikatakan tidak salah jika seseorang itu sukar untuk memaafkan seseorang.


kesilapan. mudah dilakukan tapi sangat sukar untuk memperbetulkan. tak setuju? cuba anda ambil baju anda sebagai contoh. anda rendam bjau anda bersama dengan baju2 lain. tanpa anda sedari, salah satu baju yang anda rendam itu luntur dan merosakkan baju anda yang lain. adakah mudah untuk anda perbetulkan keadaan? mungkin ia akan hilang tapi percayalah kesan nya masih ada. jika tidak banyak, sedikit..pasti ada. begitu lah disimbolik kan dengan kesilapan yang kita lakukan. mungkin kita cuba memperbetulkan nya dengan meminta maaf. tapi adakah mudah untuk menerima maaf itu? jika ya sekalipun, ingatan seseorang tentang kesilapan kita tidak akan pernah pudar. itulah yang saya katakan sukar untuk memperbetulkan segalanya. dan,jika kesilapan yang seseorang lakukan itu besar dan meninggalkan kesan yang amat mendalam terhadap diri anda, mampu kah anda memaafkan nya dan melupakan segalanya.?

mungkin anda akan memaafkan nya tapi pasti mengambil masa yang lama. dan pasti nya anda tidak boleh melupakan perkara itu. tapi bagaimana pula jika kesalahan yang kita lakukan itu kecil? namun orang susah memaafkan kita. apakah kita layak dihukum begitu? ataupun kita sudah meminta maaf berkali-kali tapi langsung tiada jawapan. layak kah kita menuduh orang itu keras kepala?


pemaaf, sifat yang mulia namun tak semua mempunyai nya. apa kata, kita semua cuba untuk menjadi seorang pemaaf? dalam anda sedar atau tidak, semasa anda ingin memberi maaf, anda juga ingin meminta maaf kepadanya. dan kerana itulah anda menjadi tidak yakin untuk memberi maaf kepadanya kerana anda takut untuk meminta maaf kepadanya dalam masa yang sama. anda mungkin tertanya-tanya mengapa anda perlu meminta maaf kepadanya. sedarkah anda dalam tempoh masa anda mempertimbangkan kesalahan nya, anda telah mengabaikan nya dan berlagak seperti tidak ada apa-apa yg berlaku? percayalah, tu benar2 menyakitkan hatinya. anda pasti tidak suka orang lain menyakitkan hati anda bukan? jadi mengapa perlu anda melepaskan nya kepada orang lain? jadi, maafkan lah..dan minta lah kemaafan jua daripadanya..


yang mengharapkan kemaafan, apakah anda rasa anda sudah layak untuk dimaafkan? adakah setimpal kesilapan anda itu untuk diberi kemaafan? usahalah untuk mendapatkan kemaafan. anda tidak boleh menyalahkan sesiapa atas kesilapan diri anda sendiri. kerana apa yang berlaku adalah atas diri kita sendiri. tiada siapa lagi yang bertanggungjwb terhadap kita melainkan diri kita sendiri. jika anda kata kesilapan anda itu disebab kan orang lain, pernah anda bertanya kepada diri anda mengapa anda membiarkan orang itu membuat kesilapan atas diri anda? pernah anda cuba menghalangnya atau cuba memperbetulkannya? jadi, anda faham sekarang mengapa anda susah untuk dimaafkan. tak megapa..mungkin dalam diam, dia telah pun memaafkan anda tanpa anda sedari. tapi ingat! jangan sesekali mengulangi kesilapan tersebut. jika anda ulang, mungkin tiada lagi maaf untuk diri anda. dan ingat juga. selain dr maaf, banyak lagi perkara yang penting yang perlu anda raih. contohnya kepercayaan..akan di bincangkan kemudian...salam kemaafan untuk anda semua..

1 comment:

Yaya Arif said...

bnyak perkataan maaf weyyy...
juling mate aku...

aku cool kalo org cool...
kalo dah mintak maaf tu, seelok2 nye, maafkan la...
tapi, kalo nak baik cam b4 die wat taik kat kite tu, sorry la...

=))